Wednesday, 6 July 2011

keranamu....SATAY!!!

Adoihhh....dr pg tadi (lebih kurang kol 3 a.m lebih) sampai skrang, perut meragam..berdondang syg, memulas2 n munyik2 cam cengkerik or cam katak panggil ujan pon ada...

 ari nih ntah berapa puluh ratus kali ai berulang-alik ke toilet pon x tau ler...
x daya ai nk menghitungnya..
sampaikan bos pon prasan, lantas btanya kabar berita...malu ai...keh3
Lau ler ari nih, xde keje urgent, mau jer ai amik mc...huhu

ni sumer gara2 mkn sate mlm td.

First time beli sate kat sblh kedai mamak sec 18 nih. kuahnya halahai...cair semacam jer...pastu satenya cinonet jer...tp rasanya leh tahan gak...sedap. kemain ler ai balun x hingat sampai 9 cucuk..

tp sapa sangka, bahagia hanya seketika...derita yg berpanjangan.
Walaupun dah mkn sekotak pil chi kit teck aun, namun cirit tetap x reda.
Jesteru itu, ai ambik keputusan x moh lunch ari nih.
Oh...kesiannyer diriku...
 Sekian..

MATI itu PASTI

Keseronokan hidup di dunia akan tergugat dengan datangnya Izrail yang mencabut roh dari jasad dan berakhirlah segala kenangan mengenai si polan yang dikasihi.

Mati membuktikan kepada manusia bahawa sebenarnya ia tidak pernah memiliki sesuatu pun. Mati juga membangunkan kita daripada angan-angan yang panjang mengenai nikmat hidup yang tak bererti tanpa sifat berkekalan.
Dunia adalah permainan dan kehidupan sebenarnya bermula di akhirat, konsep percaya kepada alam barzakh iaitu hari kebangkitan yang mampu menyedarkan manusia untuk bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan.
 Mustahil bagi manusia mengetahui empat hal ghaib iaitu kelahiran dan kematian; rezeki; amal dan kesudahan hidupnya sama ada celaka atau bahagia yang terpatri di luh mahfuz.
Empat rahsia itu tersimpan di bank data ciptaan Allah Yang Maha Mengetahui dengan pengetahuan yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia biasa kerana manusia dicipta dengan akal fikiran yang terbatas.
 Penerokaan akalnya tak akan dapat menjawab persoalan bilakah kelahiran dan kematian berlaku, supaya ketakutan dan pengharapan kepada Allah sentiasa hadir pada nalurinya yang paling tajam.
Supaya kekuatan iradah menerusi elemen akal, jasmani dan rohani terus bergejolak menyahut seruan Yang Maha Mencipta memandangkan adalah dunia tempat bermujahadah untuk memenangi akhirat.

Ini semua bagi menghasilkan kesedaran bahawa kita semua akan mati sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: Perbanyakkanlah olehmu mengingat perosak kelazatan, iaitu mati.(Hadis riwayat al-Tirmizi).

Kemampuan untuk mengingati mati adalah sebaik-baik kecerdasan dan kebijaksanaan seseorang.
 Apabila kegembiraan mencurah-curah dari hati, bolehkah kita selitkan peringatan mengenai mati, apabila cita-cita tercapai, kemewahan dikecapi, kebahagiaan tak sudah-sudah, adakah kita ingat esok kita mati dan semua akan musnah?
 Berhasilkah kita menasihati diri sendiri pada saat kelalaian dan lupa daratan?
Sungguh susah kerana kita cenderung kepada tarikan cinta dunia dan takut mati.
Takut mati yang diamalkan oleh kebanyakan manusia akhir zaman ialah tidak bersedia menghadapi kematian dengan persediaan amal salih, leka dengan dosa dan kekotoran yang terpalit pada diri.

Menunda taubat dan menyangka masih banyak kesempatan untuk peluang terakhir padahal setiap hari berlalu tanah di perkuburan memanggil, bahkan mengancam manusia yang degil.

 Rasulullah SAW bersabda: Bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia): Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya. (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Saat itu penilaian terhadap diri bermula tetapi penyesalan tak merubah apapun, hanya kesedaran betapa ruginya meremehkan nilai sesuatu amal hatta bersedekah dengan sepotong kurma yang boleh menyelamatkan dari api neraka.
 Pada masa itu akan terkenang kita peluang yang tak direbut, saat leka dengan hiburan, kemalasan dan menunda ibadat yang menjadi kebiasaan.
Sebelum kedatangan maut, adakah kita mempunyai impian pada saat akhir kehidupan seperti merancang untuk menikmati kematian dengan tenteram, meninggalkan orang tersayang dengan reda dan paling penting kerinduan untuk bertemu Allah. 

Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, sesungguhnya Allah pun tidak suka bertemu dengannya.(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Pertemuan itu adalah pertemuan paling istimewa dengan panggilan istimewa nafs muthmainnah (jiwa yang tenang) dan ajakan yang mulia (kembalilah kepada Rabbmu) bahkan pelawaan yang amat berharga (masuklah ke dalam syurga-Ku). (Surah al-Fajr)

Itulah impian hamba Allah mengenai kematian kerana bagi mereka bahagia bukan hanya ketika masih hidup bahkan di saat akhir pun mesti dilalui dengan perasaan bahagia dan reda. Betapa ruginya mereka yang terperosok masuk ke dalam lubang yang digali syaitan padahal perjalanan panjang yang dilalui sebelum ini dapat dengan mudah dilaluinya tetapi di penghujung jalan mereka terperangkap.

 Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain-Nya. Sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu ketentuan yang tertulis lalu ia mengerjakan amalan ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pastikan kita melalui kematian dengan persediaan rapi, amal yang cukup, sebutan dan kenangan yang baik kerana impian kita semua adalah husnul khatimah. 

Subhanallah…Allah Maha Mengetahui…wallahualam.

Tuesday, 5 July 2011

pro gred D

td terima col dr 01*6658279 kol 4.04pm.
katanya, dia agen insurans  XXX
ntah biler masa amik insurans dia pon x tau ler..
seingat ai, x penah amik insurans XXX nih..
pas dia sahkan nama n no ic ai, dia pon berkata,
"cik kena renew insurans cik sebanyak rm250"
 ai pon jwb, "haa..xpe lah, t sy p byr kat opis XXX nanti"
"tp cik kena byr online ngan maybank2u, br senang kita trace"
"owh…ye ker..?" " kalau cik byr kat opis, amik masa 3 hari..baru msk system.."
"haik..ada lak camtuh, nmpk bebenor menipunya..!!"
terus dia hang up.. cara ckp cam org kelantan, pastu percakapan x jelas..mcm ngah mengunyah makanan..

moralnya: lau nak nipu pon..bior ler profesional skit.. aparaaaaa…

ingredient of love

Kau datang bagaikan mimpi
Kau hadir tak sedari
Sekian lama ku nanti
Kau di sini
Mungkin kehendak Ilahi
Segalanya ku jalani
Biar lelap tidurmu
Dipelukku
Cinta ini
Ku persembahkan
Setulus hati kasih
Kepadamu
Seandainya engkau mengerti
Hanya kau yang ku miliki
Dalam hidupku
Kasih sayang ini
Semoga abadi
Kan ku bawa sampai akhir nanti



 



Monday, 4 July 2011

it's about the result

erkkk...alhamdulillah...kenyang...
syukur atas pemberian rezeki dr Allah.
dinner mlm nih, ai cuma msk bilis goreng cendawan n ayam msk berasa2 merah.
semua main bantai sesuka hati.
apa yg penting, resultnya ok n sedap...keh3


ikan bilis goreng bersama cendawan


ayam masak merah


Isnin yg bizi..:(

isnin...still lam mood weekend..
so, agak geram lau dtg opis jer...terpaksa berbizi2an..
x sempat nk bekpes, dak2 site dtg minta BoQ, tanya baper leh request advance n mcm2 g.
diorg ni pon 1, dah tau nak g site ari nih, ari nih gak ler br sibuk nk wat preparation.
suka nau wat keje las minit.
sapa yg susah...
ai jugak...huhu

dah settle layan dak2 yg nk g site, bos col suh ganti dia g miting navision 11.30am..
ni ler miting paling boring..
dah ler xde mkn2, just mineral water jer..
dah tuh, presenternyer...cam blur2 jer lau kita tanya soklan..
apa leh buat, dah arahan..hurm...redha jer lah...huhu..

Friday, 1 July 2011

kucen takde, tikus berpesta sakan......

hurmmmm...kemain dak2 opis ai nih...
mentang2 ler big bos tadak, sumer g bpoya2...
tinggallah ai n puan Am jer kat opis nih..
sunyi munyi..dah mcm dlanda garuda...

Asal ai merungut ngan situasi nih erk?
hahaha..ekceli ai jeles, coz x leh nk sama2  bpoya2
dek tuntutan kerja urgent yg berlambak2...
lau x, ai pon join ngan diorg skali...ekekeee

Tapi idok ler ai sakit ati or cemburu buta lantas bcita2 nk balas dendam lak...
cuma ai rasa kesunyian tanpa suara2 sumbang diorg tuh...
keh3

gitu ler lumrahnya, mengata org diri sendiri pon lebih kurang sama jer....hehe